Ringkasan pengisahan Bible Ibrani Anak lembu emas

Ketika Moses disuruh Tuhan untuk naik ke Gunung Sinai untuk menerima perintah Tuhan (Exodus 24:12) ia tinggal di atas gunung selama 40 hari dan 40 malam. Bangsa Israel takut Musa tidak kembali dan berkata kepada Harun (Aaron) untuk membuatkan mereka gambaran tuhan Bani Israel (Exodus 32:1). Pada mulanya Aaron enggan berbuat demikian , akan tetapi akhirnya mengalah dan mengumpulkan anting-anting emas mereka lalu dari anting-anting yang terkumpul dibentuk dan dibuatlah patung anak lembu. Aaron juga mendirikan mazbah di depan anak lembu itu dan menyisytihar, "Israel, inilah tuhan kamu, yang membawa kamu keluar dari Mesir". Pada keesokan harinya bani Israel memberi persembahan kepada Anak Lembu Emas dan berhari raya. Moses melihat apa yang dilakukan dan naik marah lalu memecahkan Batu Bersurat pada mana Tuhan telah menuliskan Hukumnya buat kaum Israel.

Tuhan kemudiannya menyuruh Moses turun dan berkata Ia berencana untuk membinasakan bangsa Israel dan mencipta bangsa baharu buat Moses. Moses mencuba menyejukkan hati Tuhan sehingga Tuhan tidak jadi membinasakan bangsa pilihan-Nya (Exodus 32:9-14). Moses pun turun dari gunung dengan membawa kedua-dua loh batu yang ditulis oleh Tuhan sendiri. Ketika ia bertemu dengan Joshua yang menunggunya turun dari gunung, Joshua berkata bahawa ia mendengar bunyi perang di perkhemahan Israel; lalu Moses menjawab Joshua bahawa yang didengarnya bukan nyanyian kemenangan atau kekalahan, melainkan nyanyian bersahut-sahutan. Ketika turun dari gunung tersebut Musa melihat anak lembu emas dan orang yang menari-nari. Maka Moses menjadi marah, lalu kedua loh batu yang dibawanya dilemparkannya dari tangannya dan dipecahkannya di kaki gunung tersebut. Moses membakar anak lembu emas tersebut dengan api, digilingnya sampai halus, kemudian ditaburkannya ke atas air dan disuruhnya orang Israel meminum air tersebut. Moses bertanya kepada Aaron mengapa ia mendatangkan dosa sebesar itu kepada bangsa Israel. Aaron menjawab bahawa pada dasarnya bangsa Israel adalah jahat; ia menyuruh mereka menanggalkan emas mereka, dan ketika emas sudah terkumpul dan ia melemparkannya ke dalam api, keluarlah anak lembu itu (Exodus 32:22-24). Moses kemudian memanggil mereka yang sanggup mengikut Torah agar mengikutinya. Kebanyakan orang Israel datang kepada Moses, termasuk setiap ahli kaum Lewi.

Musa melihat bahwa orang Israel sudah seperti kuda terlepas dari kandang, dan Harunlah yang melepaskan mereka, sampai menjadi ejekan bagi musuh mereka, maka Musa mengundang seluruh orang Israel yang berpihak kepadanya dan seluruh bani Lewi berkumpul kepada Musa. Musa lalu memberikan perintah Tuhan kepada bani Lewi untuk berjalan kian ke mari dengan masing-masing mengikatkan pedang di pingganngnya, dari pintu gerbang perkemahan hingga pintu gerbang satunya lagi, dan masing-masing biarlah membunuh saudaranya dan temannya dan tetangganya. Mereka melakukan seperti yang diperintahkan Musa dan matilah tiga ribu orang dari bangsa Israel (Keluaran 24:12).

Rujukan

WikiPedia: Anak lembu emas http://anwary-islam.com/prophet-story/musa3.htm http://www.islamfrominside.com/Pages/Tafsir/Tafsir... http://jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=45&le... http://www.rabbifohrman.com/series.cfm?SerieID=24 http://al-quran.info/#&&sura=20&aya=83&trans=en-sh... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=auroch http://www.ein-hod.israel.net http://www.chabad.org/search/keyword.asp?kid=1284 http://alkitab.sabda.org/bible.php?lang=id&version... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Golden...